Friday, February 11, 2011

bahulu bahulu

Tempat: Bengkel Pemprosesan Makanan, MARDI Sg. Baging.

Masa: 2.10 pm – 6.00 pm.

Aktiviti: Latihan Penyediaan Kuih Bahulu.

Slot latihan ini di adakan sebagai penyediaan awal Bengkel Bahulu yang bakal diadakan tidak lama lagi. Bengkel Bahulu ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar dan berkongsi maklumat pemprosesan makanan di antara MARDI Sg. Baging (Pusat Promosi) dan juga peserta bengkel.

Berikut adalah bahan-bahan resepi dan kaedah yang digunakan untuk membuat bahulu:-

(A) Bahan-bahan :

1. Tepung Gandum Serbaguna - 375g

2. Gula Halus - 425g

3. Telur (A) - 500g

4. Serbuk Penaik - 4g

5. Esen Vanilla - 7.5g

6. Penstabil (Ryoto Ester)(0.5% drpd berat tepung+gula dan telur) - 7g

(B) Kaedah :


1. Panaskan ketuhar selama 10-15 minit pada suhu 150C. Kemudian

taburkan 400g tepung gandum ke dalam dulang untuk di keringkan didalam ketuhar. Tepung perlu di balik-balik kan untuk mengalakkan pengeringan. Seterusnya ayak tepung dan diketepikan dahulu.

2. . Pukul telur, Ryoto ester dan gula sehingga kembang (gebu), kelajuan tinggi (Speed5/5-7minit).

3. Masukkan tepung campur serbuk penaik sedikit demi sedikit pada kelajuan yang sederhana. (Speed 1)

4. Masukkan esen, air dan gaul lagi sehingga adunan sebati.(Speed 1)


5. Panaskan acuan atau Mesin Morikawa dan sapukan sedikit lelemak.


6. Tuangkan adunan tadi sehingga ¾ penuh acuan dan bakar sehingga kuning keemasan.


7. Acuan Morikawa memerlukan tekanan gas 80 Hg selama 45-60 saat utk bahulu masak.


8. sejukkan bahulu dan bungkus.

footnote: nak laporan trus. mls cite byk da. blog ini juga bakal di privatized kn. LOL;)

No comments:

Post a Comment