Wednesday, January 5, 2011

Herba Dukung anak.


Genus: Phyllanthus
Species: niruni,urinaria and debelis.


Pengenalan : Tumbuhan ubatan ini sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayuvedic. Dukung anak ialah sejenis herba renek berbatang lembut. Batang berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies. Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil tersusun di sepanjang tangkai daun. Buah terbentuk di bawah setiap pelepah daun. Tumbuhan herba ini biasa terdapat di kawasan tanah terbiar di tepi-tepi jalan atau kebun serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga. Ia dianggap sebagai rumpai kerana agak susah untuk dikawal. Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran.

Khasiat dan Kegunaan : Dukung anak banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Ia juga digunakan untuk rawatan masalah batu karang, malaria, asma, kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa dan cirit birit. Merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam. Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretic dan tonik selepas keguguran. alah, ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.

Kesan pembaharuan: Teknologi yang dihasilkan mengubah dukung anak daripada rumpai yg bermasalah kpd tanamn yg menguntungkan dan dikomersialkan.

Potensi: sbg tanaman alternatif kpd tembakau di kwsn tanah BRIS dan juga alluvium.

Sumber: http://herba.berita1.com dan Teknologi Pengeluaran dukung anak MARDI (Bachok Kelantan). http://www.scribd.com

ur atin,

No comments:

Post a Comment