Tuesday, May 17, 2011

JB trip

akibat cuaca x mengizinkan, rancangan Gambang Water City Resort skali lg gagal hari ini. kasihan si kecil aqish. ditambah lagi dgn keadaan diri yang xmengizinkan utk masuk air lg. kuang2...;p... so here i am stuck in front of my lappy berusaha mengarang kisah johor bahru minggu lalu.

Munie merupakan pelajar jurusan kejuruteraan kimia dibawah tajaan petronas dan telah tamat pengajian beliau di Kampus UTM Skudai baru2 ini. Beliau merupakan kawan seperjuangan ketika di semashur dahulu dan duduk disebelah saya ketika kami sama2 menuntut di dalam kelas 5 Iman. Dia juga merupakan penolong ketua kelas x silap? aduh confuse dan x ingat.

Ayuni pula sudah mempunyai segulung ijazah dari UITM Dungun, juga merupakan pelajar tajaan JPA dan kini telah selamat melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana a.k.a Master di UITM Shah Alam. Beliau merupakan teman sekatil atas bawah ketika di asrama Semashur dulu selama lebih kurang 4 tahun. Dahulu sy sering menumpang rumahnya dan menumpang stock makanannya ketika lapar. owh sdapnye tin biskut berisi Weetmeal itu dicicah Nutella.

Alkisahnya sudah lama tak berjumpa jadi rancangn melawat munie di JB diteruskan. Ketahuilah bahawa Ayuni Ihwan mmg susah nak ajak die berjalan. Ibu Bapa beliau mmg begitu menitik berat kan soal keselamatan dan menjaga tatasusila terutama si anak dara. Pada mulanya, Bapak nye keberatan kerana tarikh perjalanan 13 Mei adalah tidak sesuai. Katanya tarikh tu tidak bagus. kuang3.. sebenarnya cuma alasan xmau bagikan bapakkk???? kahakkahakha... setelah dipujuk lalu baru lah dapat greenlight tetapi dgn syarat perlu menaiki keretaapi. ditekankan sekali lagi KERETA API!!... tidak boleh bas tidak boleh kereta.


Jadi di pagi jumaat jam 9 pagi, keretaapi bertolak kearah selatan dan dijangka tiba di Kempas Baharu jam 3.15 petang waktu tempatan. perghhhhhhhhh, sungguh kematu bontot 6 jam didalam gerabak. akibat terlupa membeli bekalan jadi terpaksa lah kami membeli makanan di atas troli yang ditolak pekerja. huh. harga nya mahal sudah dijangka. RM6 satu tupperware mee goreng naseb baik sdap dan RM3 utk sandwich kosong entah ape rasenya tanya cik ayuni. so kepada mereka yang merancang perjalanan menaiki keretapi sila bawak bekalan didalam bag anda banyak2 dan pergi toilet siap2. kerana si keretapi hanya berenti di stesen sebentar cuma, paling lama kat gemas dan seremban yang lain tak sampai 4 minit. yang paling xtahan kebosanan nak mati. silalah bawak laptop yang di charge penuh dan berbatery spare kalo anda tidak mahu melihat movie melayu lama yang dibisu dikaca televisyen dikawasan hadapan gerabak. sungguh indah tajuk " Kasih Rumah Banglo". perghhhhhhhhhhhhh.


jadi setibanya di kempas baharu boifren si munie aka amirul anuar seorang engineer (perlu ke mention juga? khakaa) telah menjemput kami dgn si myvi hitam dan membawa kami ke utm. Ambil muni dan pegi makan nasi ayam penyet yang sdapppppppp dan murahhhhhhhhhhh.. RM 6 ringgit kot x silap. Kemudian lepaklah kami di hostel munie bersama-sama si Arnab MIEKI dan Si Duldul sungguh xreti duduk diam , sementara ibu mereka pergi bersukaria berdinner di hotel mane ntah dgn rakan taulan yang lain. Malam itu ayuni dan saya menonton cerita Vampire Diaries season 2 sehingga episode 22. Cis sungguh kurang ajar Si KLAUS x mati. complicated sehingga rasa otak nak pecah tapi katherina tetap cantik. eh ape name heroin tuuuuuuuuuuu.... boleh plak tak ingat. ohhhhhhhhh ELENA. sungguh cantik dan comel.

Jadi bermula lah hari Sabtu dan kami pun merayap satu JB.
Mula skali pegi makan tengah hari di MONSTA CAFE...


yeah tempatnya cantik sperti Fullhouse n makanan nye lebih varieti dan murah tidak seperti fullhouse. Jadi pegilah beramai2. Makanannya juga sdap boleh tahan. siap ade Lunch Set. i ordered for Chicken Baked Rice n ice lemon tea. harga baru RM8.90. tp kenyang nak mamps... sampai muak plak hah cheese nye belambak xputus-putus plak tu. SDAP SDAP!! tp syg service derang lambar skit mungkin sbb ramai org.

Lepas tu kami trus ke JALAN DHOBY. kat situ konsepnya seperti pekan lama. byk hair saloon n vintage shop. jumpa kasut yang diidamkan2 kan tuuuu tp tak plan pulak nk beli. patot dirembatnyeee bukan senang nak jumpaaaaaaaa. menyesal sekarang.
Pergi kedai Roti ape namenye tu hah Salehuddin Bakery...
sungguh old school,byk jual puff and bun2 yang dibuat sendiri kelihatan sungguh menyelerakann..... yummmmmmm!!!

setelah pnat berjalan tibalah masa untuk berkaraoke di Alibaba. 2 jam melalak RM 38. konsep bilik yang menarik. boleh baring terlentang siap ade sofa, ade bili love2, ade bilik siap tirai2 indah. n mcm2 lah pilih je jgn byk bunyik.



Da abes menyayi, trus pegi Istana garden utk berphotoshoot. sungguh best ade photographer bersama kami. dia sungguh sporting wahai lelaki. we heart u lah amirul anuar. kuikuikui.
pkul 6.30 pak guard istana garden pn halau2 org sruh balik. lepas solat maghrib, so kami pi makan kat singgah selalu. Sungguh ramai org. oh..... mcm kat hartamas square duku je ramai sgt org dtg tgk bola. penyokong MU mmg berpeleseran kat situ. pening kepala rase nak tampar sekor2 pn ade duk menjerit sokmo. haih.



Malam tu lepak Danga Bay oh!!.

ramai org.. igt nak nek basikal kayuh berempat. harga RM 45 beserta lampu if taknak lampu Rm39 je. so pilih2... kami tak naik pn. Ko nak naik ngan ako pkai dress labuh mcm ni. minta maaf lah kang tersangkut kat rantai beskal. Funfair haruslah taknaik kan tempat lain berlambak funfair. so jalan punya jalan jumpalah river cruise hanya RM 10 per person for 30 minutes ride.

rase nya sampe kat semapadan perairan johor singapore kot. kahkahka xtau tipu. sampe kat hospital Jb tu. tp best gak kne angin malam berbulankan bulan hampir purnama. perghhhhhhhhh..... dah berakhirlah percutian JB bersama-sama munia dan boyfie. Balik tido n esok pagi bagn siap2. pegi beli stock makanan kat giant. trus naik train pkul 2.30 n sampai kl sentral pkul 8.30 mlm. we were behind schedule da tu. perjalanan ako tak abes kat situ. Mama da bising panggil balik kuantan. trus terkocoh-kocoh beli tiket kuala terengganu n berenti depan rumah. sampai pkul 2 pagi tahu takkkkkkkkkkkkkk. pergh nk mati penat. kira-kira bali smua kos x sampai Rm 200 pn. bagus! under budget sungguh kali ni. so mmg boleh gi jalan lagi la kan? kahakkahahakahakhak. nk mampus btol ko ni atin. sedar2 lah gi keja hoi!

footnote: panjang gila jalan cerita. malas tol nak check spelling. lantak mulah hoi. nk pi masak sat ni. bye

No comments:

Post a Comment