Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud
**Haluan - pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan merupakan sebuah NGO.
Misi Bantuan ke Gaza
Konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke gaza bermula 23 mei 2010 disertai oleh wakil Haluan Palestin, Malaysia dan peserta dr 50 negara lain. Membawa bersama 10,000 tan barangan keperluan utk warga palestin di gaza dengan menggunakan jalan laut yg bermula dr Pelabuhan Mersin, Turki. Berita serangan kekejaman rejim Apartheid Zionis ke atas kapal mereka di berita tv3jam 8 smalam amat meyedihkan dan membangkitkn kemarahan.sy sgt kecewa haih. terase diri ni tak beguna kerana xdpt menyumbangkan ape yg ade utk membantu saudara islam disana. owh loser! hang on there penduduk palestin, Allah sentiasa bersama org-org yg benar dan beriman. Allahuakbar!!!
source: iluvislam (28 mei- 3 jun 2010)
p/s: misi memboikot brngan keluaran israel akan bergiat active smula mulai ari ini. aja!!
No comments:
Post a Comment