di Akademi Infitah oleh Ustazah Siti Khadijah
1. TEKNIK MEMBERI GANJARAN
pertamanya, perlu jelas tentang prinsip dan teknik. apa yg dimaksudkan dengan prinsip? teknik?
contoh;
Menutup aurat itu wajin => prinsip.
cara bagaimana menutup aurat itu, dengan memakai tudung serta memenuhi syarat menutup aurat => teknik.
jadi teknik memberi ganjaran cara rasulullah ini dikaji oleh satu organisasi dengan mengulas hadith2 sahih. bagaimana 1 kejadian berlaku dan tindakan rasulullah pada keadaan tersebut. Ganjaran pula ada 2 jenis. ganjaran positif dan ganjaran negatif dan didalam ganjaran positive terdapat beberapa jenis iaitu ganjaran material dan sosial.
contoh ganjaran sosial antaranya adalah doa, pujian kasih sayang.
contoh ganjaran material seperti harta benda, wang dan sebagainya.
dan apabila dikaji mereka yg senang beroleh ganjaran material kurang mendapat ganjaran sosial. Jadi anda pilih yang mana? ;)....mereka yg beroleh ganjaran sosial lebih terdorong memperbaiki diri dan istiqamah. InshaAllah.
2. BUKAN TEKNIK RASULULLAH
i) Rasulullah tidak memarahi
ii) Rasulullah tidak menasihati. Beliau hanya memberi pujian kepada yg membuat kebaikan dan hanya berdiam diri jika tidak berbuat kebaikan
iii) Rasulullah tidak menbanding-banding
iv) Rasulullah tidak mengkritik.
jadi, elakkan melakukan perkara diatas dalam proses memberi pelajaran dan pengajaran.

No comments:
Post a Comment